About Us

Selamat Datang ke Klinik Pergigian Awana

Klinik Pergigian Awana terletak di Bandar Seri Putra, Selangor — pilihan utama ramai yang mencari klinik gigi near me dengan servis mesra dan harga berpatutan.

Kami percaya bahawa rawatan gigi sepatutnya mudah, selesa dan mampu milik. Sama ada anda sedang cari tempat untuk tampal gigi, scaling, buat braces murah, atau nak pasang gigi palsu, kami sedia bantu dengan rawatan yang telus dan profesional.

Kami mengambil berat tentang pesakit kami. Pasukan kami yang mesra, sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam suasana yang selesa. Kesihatan dan kesejahteraan anda adalah keutamaan kami. Selamat datang ke tempat di mana anda bukan sekadar pesakit – anda adalah sebahagian daripada keluarga kami!

Kenali Dr Hanif Dan Barisan Pakar Pergigian Kami

Awana Dental diasaskan oleh Dr. Hanif, seorang doktor pergigian berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS) dari Universiti Alexandria, Mesir, dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pergigian.
Dr. Hanif amat menitikberatkan keselesaan pesakit dan komited dalam memberikan rawatan yang berkualiti tinggi serta pengalaman rawatan yang selesa dan tidak menyakitkan.

Beliau juga mempunyai minat mendalam dalam bidang ortodontik dan telah menghadiri pelbagai kursus serta latihan dalam rawatan pendakap gigi (braces). Pendekatan beliau yang mesra, teliti dan berpengetahuan menjadikan setiap lawatan pesakit lebih selesa, berinformasi dan meyakinkan.

Barisan Doktor Pakar Pergigian Kami

Dr. Muhammad Annurdin Sabarudin

(Periodontist, Pakar Gusi dan Implan)

Dr. Muhammad Annurdin currently works at the Department of Periodontology Faculty of Dentistry, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) .


Area of interest:

  • Clinical Periodontology
  • Clinical Implantology,
  • Periodontal Biomaterials Periodontal Medicine
  • Periodontal Immunology & Aplied Dental Fiqh.

Dr. Pengiran Muhammad Badi'uzzaman

(Prosthodontist, Pakar Pergigian Kosmetik dan Gigi Palsu)

Dr. Pengiran Muhammad Badi'uzzaman works at the Department of Restorative IIUM, Kulliyyah of Dentistry, Kuantan, Pahang. 

 

Area of Interest:

  • Full Mouth Rehabilitation,
  • Implant,Cosmetic Dentistry (Veneers)
  • Digital Smile Design.

 

 

Pengelibatan Dalam Aktiviti Komuniti Bandar Seri Putra

Di Klinik Pergigian Awana, kami percaya kepada kepentingan memberi semula kepada komuniti. Baru-baru ini, kami telah menjalankan pemeriksaan gigi percuma untuk Taska Puteri Elena di Bandar Seri Putra, sebagai bukti komitmen kami dalam mempromosikan kesihatan mulut dalam kalangan masyarakat.

Experience Pain-Free Dentistry Today!

Book your appointment with Awana Dental Clinic and join our satisfied patients in experiencing painless dentistry.