Klinik Gigi di Bandar Seri Putra, Bangi — Buka Sabtu & Ahad
Rawatan gigi untuk seisi keluarga: scaling, tampalan, cabutan, braces, whitening dan gigi palsu. Harga dimaklumkan sebelum rawatan bermula. Tingkat 1, atas KK Mart, sebelah Domino's Pizza.
Apa masalah gigi anda?
Pilih yang paling dekat — setiap halaman ada harga, apa yang termasuk, dan butang WhatsApp.
Karang gigi, gusi berdarah, nafas berbau
Scaling & polishing · RM100–RM200
Gigi kuning
Whitening in-chair · RM550, termasuk scaling
Gigi bertindih, jarang, jongang
Braces · dari RM200 sebulan
Gigi berlubang, sakit bila makan
Tampalan sewarna gigi
Gigi hilang, susah kunyah
Gigi palsu · dari RM600
Gigi bongsu sakit / bengkak
Cabutan gigi bongsu · RM1,500 setiap gigi
Kenapa keluarga di BSP dan Bangi pilih Awana
300+ ulasan Google
Antara klinik gigi dengan ulasan terbanyak di sekitar Bandar Seri Putra. Baca ulasan di Google.
Harga dimaklumkan dahulu
Doktor sahkan harga selepas pemeriksaan, sebelum rawatan bermula. Tiada caj tersembunyi.
Buka hujung minggu
Sabtu dan Ahad buka 10:30 pagi – 6:30 petang, sesuai untuk yang bekerja. Jumaat tutup.
Sesuai untuk yang cemas
Kami terangkan setiap langkah, tak tergesa-gesa, dan boleh berhenti bila-bila masa.
Bayaran tanpa tunai
Kad debit/kredit, QR Pay dan online banking.
Di tengah Bandar Seri Putra
Tingkat 1 atas KK Mart, sebelah Domino's Pizza. Parkir di hadapan kedai — tak perlu ke Bangi atau Kajang.
Kenali doktor kami
Dr. Hanif
Pengasas & Doktor Utama · BDS (Alexandria University)
Lebih 10 tahun pengalaman klinikal. Tumpuan: braces, pergigian am dan restoratif, serta pesakit yang cemas.
Dr. Fariz Bin Naaman
Doktor Residen · BDS (Alexandria University)
Pergigian am, pembedahan oral minor dan rawatan restoratif dengan pendekatan teliti dan berpusatkan pesakit.
Apa kata pesakit
★★★★★
“The best dental clinic I have ever visited! All the staff are very kind and helpful. The dentist explained every procedure clearly, suggested treatments without pressure, and the whole experience was relaxing.”
Aida Ahmad · Ulasan Google
★★★★★
“Hadir untuk check gigi dan scaling. Good explanation oleh receptionist. Great service oleh Dr dan assistant. Tempat pun sangat tenang dan selesa.”
Muhammad Hafiz · Ulasan Google
★★★★★
“Staff sangat welcoming & professional. Klinik modern & selesa. Dr Hanif sangat gentle, explain step-by-step, dan buat saya rasa tenang sepanjang rawatan.”
Amril Zakaria · Ulasan Google
★★★★★
“Since 2021 dengan Dr Hanif. Seorang dentist yang ikhlas, fokus dan sporting. Highly recommended especially untuk pengguna braces atau nak buat braces.”
NorFarahin Rizwan · Ulasan Google
Soalan Lazim
Saya takut jumpa doktor gigi. Boleh tolong?
Boleh. Ramai pesakit kami datang dalam keadaan cemas. Kami terangkan setiap langkah dalam bahasa mudah, tak tergesa-gesa, dan anda boleh minta berhenti bila-bila masa. Beritahu kami di WhatsApp sebelum datang supaya doktor tahu.
Boleh walk-in?
Klinik berasaskan temujanji. Walk-in diterima jika ada slot kosong — WhatsApp dulu untuk elak menunggu.
Waktu operasi?
Isnin–Khamis dan Sabtu–Ahad, 10:30 pagi hingga 6:30 petang. Jumaat tutup. Cuti umum sila semak di WhatsApp.
Cara bayaran?
Tanpa tunai (cashless): kad debit/kredit, QR Pay dan online banking.
Harga rawatan berapa?
Harga asas tertera di halaman setiap rawatan — contohnya scaling RM100–RM200, whitening RM550, braces dari RM200 sebulan. Harga sebenar disahkan selepas pemeriksaan dan sebelum rawatan bermula.
Di mana lokasi klinik?
65-1, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, Bangi. Tingkat 1, atas KK Mart, sebelah Domino's Pizza. Parkir di hadapan kedai.
Cari kami di Bandar Seri Putra, Bangi
Alamat
65-1, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, Bangi, 43000 Kajang, SelangorTingkat 1, atas KK Mart, sebelah Domino's Pizza (Laman Perniagaan Bahagia)
Naik tangga di sebelah KK Mart. Parkir di hadapan kedai.
Waktu Operasi
- Isnin – Khamis: 10:30 pagi – 6:30 petang
- Jumaat: Tutup
- Sabtu & Ahad: 10:30 pagi – 6:30 petang
- Cuti umum: sila semak di WhatsApp
Klinik berasaskan temujanji. Walk-in diterima jika ada slot kosong — WhatsApp dulu untuk elak menunggu.
WhatsApp / telefon: 017-427 6059 · Email: awanadental@gmail.com
Buat temujanji hari ini
WhatsApp kami — beritahu rawatan yang anda perlukan dan hari yang sesuai.
Isnin–Khamis & Sabtu–Ahad, 10:30 pagi – 6:30 petang · Jumaat tutup. Balasan WhatsApp mengikut waktu operasi.